Finish every day and be done with it. You have done what you could some blunders and absurdities no doubt crept in forget them as soon as you can. Tomorrow is a new day you shall begin it serenely and with too high a spirit to be encumbered with your old nonsense :D

Friday, July 20, 2012

selamat datang ramadhan :)

ahlanwasahlan ramadhan :D

today first ramahan , alhamdulillah . *muka bahagia .
tak tahu la kenapa . tapi sangat menanti kan Ramadhan Karim :') cuma yang lain nyaa dah tak puasa dgn 94gee . sedih sikit . tapi ape jee yang bole buat kan . acc tak rase nak update pon . tapi tadi tetbe dapat link dari Sharifah Mardiah . seriously chepah dah ade blog ? okey fine laa . dah ade blog tak bg tau pon kan . hey chepah . teruje kot . rajin update pulak tu , haha tolong laa teuje . semangat kita tinggal keje kita nak usha blog awak :) btw . best baca ! thanks :)

haa . tak tau nak update apa . so far okey jee kat kmm , walau pon tak berapa nak cantik kan tempat tu . haha bersyukur dgn apa yang ada . kawan , okey jee :D










 


sebenarnya banyak lagi gambar tapi macam melampau jee letak . nak upload kat fb . haa lagi laa semak jee , tak mau lahh , 

 cikgu khairi kata saya seorng yang ceria . ceria ke ? buat buat ceria . hahaha entah laa . biase jee. ape laa cikgu tuu . 

btw , ehh nak off line dah . babaiii semua :D 
salam ramadhan jugak untuk semua :) 
*sorry 94gee jarang reply text . jarang topup laaa :p topup kan :))))) ?

chepah ! kita curi bawah ni :) kita suka :DDDD
Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.




love ,
meza

Sunday, May 27, 2012

countdown



yeayy ! esok ISNIN , 28 MEI 2012 . KOLEJ MATRIKULASI MELAKA memanggil manggil dah kot . seriously cuak sangat . okey . sebenarnya cuak nak kene blaja balik . dah berapa bulan tak pandang buku . pegang pen pensil untuk belaja . wallawehhh . kalau lampi lampi cammane ? aduhai , berdebar debar . haaa , biase jee kot . insyaAllah bole , belom cube kan , mana nak tau . hey ! yang pasti apa yang aku nak tercapai . amin . btw , sorry untuk semua orang yang aku penah buat salah kat korang korang okey ? (: hope kosong kosong bole ? tahu jee susah . tapi , kan tenang kalau selalu minta maaf dan memaafkan . kan kan kan ?

# Ya Allah aku mohon kau damai kan hati ku melalui segala nyaa , amin . 

kini aku pantas berjalan bergerak ke hadapan , akan ku bukti kan siapa diriku yang sebenar (:

mohon doa kan yang terbaik setiap langkah ku selepas ini :D

love ,
maiza , kmm fasa3

Friday, May 18, 2012

memories ♥

okey . pelik aku update (: jujur sebenarnya aku tak boleh tido . ini la akibat menghabiskan sisa sisa petang di rumah . ecehh ! tadi terasa nak tido dah . urat otak aku ni pulak main kejar kejar asik ingat itu ini . langsong laa kan .

haa , anda anda bole mula mencongak aku jadi penganggor kat rumah bermula 14 dis hingga laa 27 mei nanti . wahh ! nampak macam hidup tak beguna langsong kan . bila orang tanya ' buat apa je cuti ? ' dan nahhh ini jawapan nya ' duduk rumah jee . tak buat apa apa . selalu online tengok tv ' .. rasa rasa apa yang orang fikir kan ? HAHA aku pon aaahhh gasak laaa , aku dah nak habis cuti pon . badan pon daa naik . tak perlu kata apa apa . kalau perlu geleng kan kepala anda sahaja (: act keje dgn ucin tapi bilaa nak di kira kira 3 kali jee kot . tapi okey what . kan kan kan . eh cop ! serious nak terus kan baca ? macam panjang jee nak type malam ni :):)

then , belek belek blog sumorang . wahhh ! mcm mcm cerita . aku gembira untuk mereka yang sedang bergumbira jugak (: mereka yang bersama keluarga tersayang . haa , tadi pegi makan then time tengah makan ade pakcik tua ni dengan anak dia datang kat meja jual tisu . sebenarnya itu mungkin sumber rezeki dia dan keluarga dengan keadaan nya yang buta itu . ohh aku bersimpati . semoga mereka dimurah kan rezeki hingga ke akhir hayat mereka sekeluarga . bagi kita yang sangat laa berkemampuan untuk teruskan hidup . mohon jangan sia sia kan hidup anda . mereka yang sebegitu mungkin mengharap kan kesempurna seperti kitaa . tapi apakan daya . ujian tuhan kepada mereka . cuma untuk renungan bersama :') 

back , HAHA hemm , bilaa dah keluarkan kalkulator . kira kira , umur aku kini 17 tahun 9 bulan . ohh aku masih under age . ohhohooo . masih mudaa (: tapi terasa lama sudah aku hidup . ecehh ! kemain lagi . sebenarnya terasa baru semalam habis exam SPM . wahhh ! itu laa saat yang sangat ditunggu tunggu dulu kala . last paper kalau boleh setiap saat nak tengok jam . okey , realitinya dah dapat tawaran untuk sambung belajar balik . berdebar , takut . macam macam laa tapi orang selalu kata . tak payah nak cuak sangat laa semua tu akan berlalu jugak . setuju ! bila fikir fikir balik , haa tu laa dulu tak nak main puas puas . lepas ni tak bole main main dah . alamak ! macam mana ni ? ... tapi rasa macam dah banyak sangat main bila terkenang kenang kan result spm . HAHA ..

sekolah rendah ? okey bila dah umur cangginih . rasa biase jee sekolah rendah tu . zaman kanak kanak yang sangat kelaka . gadoh dengan kawan . kawan balik , kawan tipu tipu pon ada . kawan sorok sorok pon ada . HAHA zaman zaman tulis biodata siap dengan makanan kegemaran bagai kan . okey dah diam , f1 f2 pon penah buat jugak . bilaa dah f3 baru terfikir batapa perlukah aku tulis benda alah tu . guling guling gelak bila ingat balik , dengan result upsr yang biase biase sgt orang dapat tuu . mula laa pihak atasan campak aku nunnn jauh dari tempat tinggal ku . wahhh ! macam jaoh sgt je kan . sabak bernam jee , SAMTSAAS BATU38 SABAK BERNAM . okey sekolah ni sangat laa dikenang kenag laa jugak ada ada ketika tuu kan . heee ,  datang datang f1 dengan skema nya ikot laa segala peraturan bagai . kat asrama . biasa laa f1 kan . tak banyak cerita pon . sekolah . okey . best jugak sebenar nya bila dah fikir fikir balik . sebelom tentukan kelas , ktorng yang first intake ada exam untuk tentukan kelas yang mana kelas yang mana . disebab kan aku tak berapa nak bijak . terletak laa aku kat 1 Al-Farabi . kelas ke-2 , okey laa kann . kawan dalam kelas memang best ! manusia yang aku tak bole lupe shahir farhan . dalam reramai kawan dia laa setiap tahun mintak wish birthday dari aku sampai sekarang , sumpah kau tak tau malu weh ! HAHA baik kau bangga sikit aku type nama kau kat sini , opss tapi tak bole lelebih nanti awek dia mara :P haha . btw , happy laa kau dgn si dear tersayang kau tu okey :D . aku paling ingt dia ni sebab dia laa mamat yang bajet bajet hot time f1 . hhahahahhaha then , manusia manusia lain . tettttt --- HAHA anak pakcik ibrahim sorang tuu . si cinta monyet berok sume ada . monyet pon tak becinta macam aku kan . entah laa . kelaka laa pulak , tapi ? haha tak tau nak ckp apa . panjang cerita nyaaaaaaaaa ... *abaikan . malas nak type hahahhaa . now , okey jee dengan dia . kawan . yee kawan selama nyaa :)

bila f2 , ibu ayah aku buat keputusan yang hanya menunggu kerelaan hati aku untuk berpindah ke sekolah pujaan hatiku . ewaaahhh ! SAMTEN BATU10 HULU LANGAT . ecehh ! memula dapat tahu , merung ? eh tidak . air terjun jee . mana tidak nyaa hatiku ketika itu sudah bersemi di sabak bernam nunnn jauh dimata ibuayah ku . cehhhh ! bila di fikir fikir kan . yeee mungkin itu yang terbaik . ibuayah lagi penting biarlah ku perpindah negeri sahaja . HAHAHA angkut laa segala baldi oren kesayangan ku ke sekolah baru ku .

2009 , zaman pemberontakan . wahhhh ! tahun terbaik yang pernah aku lalui , time ni dah terrasminya aku menjadi pelajar samten . 3ABU DAUD . okey , ibu cakap apa pon kelas yang penting diri sendiri . dengan kesungguhan ni masuk laa dengan kerelaan hati . best ! sumpah best ! segalanya mendapat perhatian . belajar dan segalanya . terima kasih cikgu :) kawan ? yeay sangat terbaik wehh . first sememang nya sangat awkward laa tapi biase laa tempat baru . bila balik asrama nak tido pon payah , otak fikir betapa seronok nyaa bila pulang ke sabak bernam tuu . bila dengar nama aku tersenarai pelajar yang dapat bilik bangunan baru . wahhh ! sedih dia tak bole nak cakap apa . tapi kat samten aku faham unite tu apa sebenar nyaa . yee wujudnya 94generation . walau pon dalam keadaan yang tak menyenang kan exco . dengan bergado aspura aspuri , HAHA mula mula pelik jugak . kenapa nak kene begadoh gadoh ni ? tapi okey dah semua ajak gadoh , okey gadoh jee . tak boleh cakap dengan lelaki . pulau kan mereka . alah kesian nyaa laa yang skema skema time tu . kene pulau jugak ? hahahahaha . tapi bila bulan ganti bualan tahun ganti tahun tak kan laa tak paham paham lagi kan dah besar nyee laa masing masing . gadoh ? tak de sebab tak kan nak gadoh kan . lain laa kalau ada yang cari gadoh . PMR , okey laa . result tak de la nak menghampakan , alhamdulillah .

2010 - 4 TARMIZI (: yeahh pilihan kelas yang terbaik . thumbs up sikit . hah ! menanges nanges aku buat pilihan . haa , pelik . kenapa nak kena menanges ? pilih kelas je pon . okey aku sememang nya tak suka buat pilihan . yepp , semua pilihan aku lebih suka ibu yang buat . aku benci pilihan . HAHA f4 tahun meja beralih alih tempat . kawan semeja pon tuka tuka macam tuka baju . lastly naaaa , NURFAHTIHA HASHIM yeay . dear myfuteol . Friend Until The End Of Life (: tebaik ! act f3 tak pernah rapat dengan dia pon . dia sangat  laa pandai dan sangat rajin bila belajar . sangat berbeza dengan aku yang gelak je lebih bila belajar . yepp ! f4 dia selalu dapat duduk cepat bila jawab soalan . aku ? tak kesah pon bediri . aku tak suka hafal hafal ni . aku sanggop berdiri sampai habis kelas . nahhhh SMA muncul , merayu laa aku kat dia tolong aku menghafal sampai pepagi buta . jujur dia kawan terbaik (: wahh melambung aku puji kau . dah dah . cukup ! haa segala cerita kongsi sesame . macam orang kata makan sesame jalan sesame tido sesame balaja sesama . belangkas ? HAHA semua orang kata aku kawan baik kau . aku kawan baik kau ke ? heeee . baik laa jugak kan tak penah gadoh . kalau terase pon nanges sesenyap . sebulan lepas tu baru bagi tau . HAHA . pluss NURHELIDA NASIR futeol kami :) okey . rahsia kau kat aku . rahsia aku kat kau . keep it ! kita tiga kan kawan (: then muncul laa si arjuna sorang ni , ISKANDAR ZULFADHLI yeahh ! dia pon BFF terbaik wehh . Best Friend Forever . superman spyderman pon kalah . HAHA pape pon korang dua paling mantapp ahh , give me five sikit :D apa pon jadi , yes you are my BFF . you fahtiha ! FUTEOL saya selamanyaa okeh :) mengaku ni . ni nama nyaa pengakuan bebas . haha never mind :D friendship is not a word to say . kan kan kan . yee kee tidak ? HAHA semuanyaa diri sendiri yang menilai . futeol bff saya , awak dua futeol bff saya selama nyaaa :) selalu dengar tak indah nyaa bila ikhlas berkawan . yeay macam 94gee :) muahmuahmuah laa untuk korang :* HAHA .

F5 - horeyyyy exam pon dah habis . rasa macam dah penat sangat belajar . tapi result ? alhamdulillah laaa . syukur . semua nya laju . kadang kadang merungut sehari tak cukup 24 jam tuu , cehhh ! emg laa tak cukup kalau banyak sangat bergelak ketawa . HAHA tapi best . aah ! aku KAKAK DORM F1 . ada ke orang tak panah ada adek ni bagi duduk floor f1 ? musykil --' . tapi okey jee , floor aku emg terbaik laa mmber mmber aku kongker . yeay 94gee dgn f1 . apa jadi ? HAHA boleh pk sendiri kot apa yang akan jadi . macam macam hal . lagi lagi tak de exco kat atas tuu . usaha exco nak naik kan salah seorang daripada mereka ke atas . MAAF rakan rakan saya tak kan bagi . tapi aku laa selalu angkat tangan kalau nak suruh aku tuka dorm . yeahh aku tak suka bila budak f1 mengadu macam macam kat exco . saje jee nak main main marah . wallahwehhh :) kenangan . but . sayang laa jugak kat diaorng senanyee. HAHA  macam mamcam hal . tapi best . jgn marah okey kalian . gurau gurau jee kalau teremo tuhh . hahaha best nyeee alahai , B6 B5 B4 best :D B9 pon :) nyorok dalam loker tak nak pg prep . padahal mmber baik sendiri exco . hey fahtihaa untung laa aku ade kawan exco otak chill jeee :) lagi lagi time exam SPM . f5 jee kat asrama . exco turun kan jawatan . yepp , mohon kemaaafan kepada setiap exco yang pernah mendapat bahana kemarahan aku .  normal laa . tapi tabik laa korang layan jee 94gee yang sememang nyaa tak nak ikot peraturan . yee ni semua kenangan :) so , chill okey :D rindu sumeorang laaaaa <3 <3 <3
- cuma impian ku ukhwah fillah . abadan abada 94gee :)
sayang korang sesangat laaa wehh :D

akhir ni , betol akhir :) sabtu ahad isnin selasa rabu khamis jumaat sabtu ahad ISNIN . okey , aku akan mendaftar kan diri aku yang teramat la comel ni di KOLEJ MATRIKULASI MELAKA , LONDANG . fasa3 2.30pm . ramai tanyaa kenapa tak pg uitm , wallahwehh . kalau aku bg tahu tempat mesti korang dah agak punye kenapa laa kau tak pegi . ARAU , PERLIS nunnnnn utara sana , bak kata korang suma . anak manja mana bole lepas jejaoh . yeaahh . apa pon bersyukur . ini yang ibuayah aku nak . aku okay jee , aku tahu kawan kawan lepas ni bersepah sepah serata malaysia . okey ada yang nak pegi jordan . pegi jerman . wahhh ! untung nyaa korang . apa apa pon belaja rerajin okey :) STAM STPM UITM MATRIK ASASI UTM bagai . kat mana pon korang tetap kawan aku sampai mati . cehhh ! HAHA tak pe . semua nyaa untuk kebaikan diri sendiri :) okey . cuak nak masok kmm , hopefully kengkawan kat sana pon okey jugak . yes ! saya rindu kan 94gee saya , saya rindukan futeol saya , saya rindukan bff saya . awak semua ada kat hati saya selamanyaa:)

sekian ,

love,
meza

Wednesday, April 25, 2012

*tadah tangan jom :D


Ya Allah, aku mohon,
kuatkanlah hati para remaja yang masih berjuang untuk menegak agama yang satu,
lapangkanlah dada kami menghadapi segala cabaran dan dugaan-Mu,
tunjukkanlah kami jalan yang lurus supaya tidak terpesong dari aqidah-Mu,
sesungguhnya kami teringin sekali untuk masuk ke Jannah-Mu,
sesungguhnya kami sama sekali tidak ingin untuk ke Jahannam-Mu,
tapi apakan daya,
kebaikan yang dilakukan oleh kami
masih tidak kami ketahui
lebih banyakkah ia daripada kejahatan yang pernah dilakukan,
lebih sikitkah ia daripada kejahatan yang pernah dilakukan,
bimbingkanlah kami sepanjang masa,
setiap waktu,
hanya kepada-Mu kami berserah dan meminta pertolongan wahai Tuhan yang Esa, Ya Allah.

Sunday, April 22, 2012

heartbeat

assalamualaikum :D

hyee :)
nak hapdet ni . saje bosan . pelik . tak de yang online pon . mane laa semua orang pegi . lappy meletop kot . tak pon internet saje tak nak bg laluan HAHA

--okey merepek--

semalam terbace ayat si cantik ni kat fb,

Persahabatan itu memang benar sentiasa diuji, pernahkah kita berfikir kenapa ALLAH itu memberi ujian dalam persahabatan ??? ALLAH sedang menguji kesabaran kita, ALLAH sedang menguji kesetiaan kita, kekuatan kita, kesempurnaan kita untuk menerima kekurangan dan kelebihan dia. Iya memang benar kadang-kadang ada hati yang terluka, tetapi pernahkah kita berfikir ada sebabnya, ALLAH tidak akan menguji setiap hambanya tanpa tujuan, ALLAH tau kita kuat, sahabatku. :') jikalau kita benar-benar ikhlas dalam persahabatan dan dapat terima kekurangan yg ada pada dirinya, sudah tentu persahabatan yg pada mulanya gundah gelana tapi pada akhirnya ALLAH memberi peluang pada kita untuk menikmati kebahagiaan dalam persahabatan itu ^^ 
Sahabat-sahabat, Cuba fahami erti persahabatan itu, Cuba fahami situasi sahabat itu jikalau dilanda masalah, sudah pasti dia melakukannya atas sebab-sebab tertentu. Jangan pernah salah faham dan berfikir yg tidak baik padanya, ALLAH mengetahui segalanya. 
WALLAHUA'LAM :')


best . selak selak fb dy jumpe link blog :)
klik klik . follow sudah :)  

haaa , 

bila bace ayat ni terase sedih . hey tapi emosi saya hamir stabil okey . tak perlu risau .tak perlu ragu hee:D

okey aku terasa rindu sangat nak laung kan DOA RABITAH dengan 94gee . bila sama sama terase tenang . tapi tak tahu laa bila lagi dapat laung kan bersama sama .

--ehh skema pulak ayat--

Hati ini telah bersatu, berkumpul di perut bumi Mu
Hati ini telah berpadu, bersatu memikul beban dakwah Mu
Hati ini telah mengikat setia untuk mendaulat untuk mendukung
Syariat Mu di alam maya
Maka Ya Allah,
Eratkanlah ikatan yang ada
Kekalkan kemesraan yang ada
Tunjukkanlah jalan yang benar
Suluhkanlah dengan cahaya Mu
Tiada malap terangi alam Mu
Hidup suburkanlah dengan Ma'rifat Mu
Tapi, jika ingin mematikannya
Matikanlah sebagai Syuhada'
Dalam perjuangan menegakkan
Agama yang mulia

-----------------------------------------------------

Cuma harapan aku agar setiap doa ku kini diterima oleh Nya . 

jomjom tadah tangan sesama :D

Ya Allah , aku mohon persahabatan kami tetap kukuh walau apa pun yang terjadi . Sejauh mana kami berada selepas ini . Sehebat mana kerjaya kami selepas ini , agar kami tidak lupa antara satu sama lain . Kini ku mula sedar , aku lebih sayang kan persahabatan kami dari segalanya . Andai aku tahu ini kesudahan nya , akan ku pilih segalanya yang terbaik . Aku tahu segala yang berlaku ada hikmah nya . Engkau tidak akan menguji kami andai nya kami tidak mampu menghadapi semua ini . Semoga segala kebaikan nya dapat memperbaiki diri kami selepas ini . Andai persahabatan kami hampir goyah . Kau utuh kan lah nya semula . Jika ujian sebegini kau beri kan kepada kami agar kami perbetul kan kesalahan kami . Aku terima . Bantu la kami kembali erat dalam bersahabat seperti dulu . Aku mohon agar kau panjang kan persahabatan kami hingga ke akhir nafas ku . Amin ya rabbalalamin :')

love,
maiza

Wednesday, April 18, 2012

feeling



terjah tonton.com , tangkap leleh . kesat baju sana sini . baju basah bole perah . cari-2 tisu satu kotak . tak jumpe . log out .

duhai cerita . mengapa jalan cerita dia begini ?  siapa pengarah ? mahu kasi siku . sekeh sikit . berani betul buat aku nanges *pandang kerek . nyampah !

tapi aku suke :D aku benci jugak D: aku pon tak tahu :O . warge malaysia . sila-2 laa buat cerita yang sangat menghiburkan hatiku . macam ..

SUPER SPONTAN !

*anak mate kehulu kehilir . mencari topik lain untuk ditype . 

okey najwa latiff pulak ,

alahai najwa latif kenape laa suare kau comel sgt . teruje aku . suke la suke la awak :) 'senyummu menawan , kau buat hatiku tertawan :DD '

ehem ehem *betulkan kotak suare . pandang keluar tingkap . tembus ke jalan raya . teringat cerita hindustan semalam . satu jam terakhir sahaja sudah cukup membuatkan anak mate ku lemas dgn lautan air mate . mujhse dostti karoge . sungguh . sedih  *mohon jgn mengade . lalalalalalalala ...

 kaybord panas . mintak berhenti ditonyoh . titik . okey stop

love,
maiza

Saturday, April 14, 2012

blur --'

kalau diberi pilihan aku akan pilih yang dulu ,
sekian

love,
maiza

Friday, April 13, 2012

knocknoc:DD

taraaaaaa :OO , haha !

oppss ! Assalamualaikum:D

*betul kan screen ,
background baru nihh . heeee senanye tadi baru bukak blog yana , wahh rajin betol dy dgn nadia publish publish page . siap bluecoral coolblog lagi colour dy haha . aku yang tak buat pape kat rumah ni pongg malas gile kott . harhar i busy main game laa you :DD kat sini . ecehh , seminggu aku promot game nih kat sume org . tapi da main lame lame cm bosan laa pulak . yeye semangat kan first time main sampai pukul 4 pagi .haha sampai kene ugot laa dgn mak aku nak sorok lappy kalau buat lagi cmgtuhh . heee :DD
haa , berbalik kepada yang asal . disebab kan aku dah asek kene bebel jee dgn dyorng suruh hapdet blog , aku ponng yee kan jee laa . tapi tak buat pon :DD tetbe pulak tegerak hati nak hapdet kan . haa teruje laa sikit . tu laa kan aku da ckp malas nak ade blogg . semanagt lagi suruh suruh aku buat blog dulu kan , :PP .

tak tahu laa nak type hapee D: kak chik ! tolong ! , hurmmm

haaa ! semalam pegi sekolah jap nak ambik sign pengetue , sijil benti , sijil SMA , sijil PMR dgn enth ape tah . main ambek jee , heee:D senanyee rindu sekolah . rindu sgt kot . lagi lagi asrama . rindu 94gee , gadogado ngumpatngumpat sakit kan hati org . and sume sume sume laah . lagi satu , rindu budak f2 a3 2010 . ingt nak duduk kejap jee , tapi bile dah sembang dgn cikgu cikgu gelak terburai bagai emg lame laa kan . rase rase tak nak balik dgn budak samten cepat cepat kitorng cabot lari harhar :PP

then sblm balik aku dgn teha pegi tempat biase laa kan , kajang :DD haa situ emg tempat lepak budak budak skolaa . makcik mcd kat situ pon dah merungut bising sgt mcd tuu time tuu . mcm klaka jee , haha okey time tu sgt sebak bile teha kate , 'ishh ! aku rindu ouh nak dgr kau ckp cm ni ' ishhh ! sepah nyee tempat aku , rimassss laaaa ! tehaa tolong ! ' ' haaa ! hahaha emg sehari kalau tak ckp tak sah senanyee . kdg2 suruh atiee yang kemas kan walau pon sepah sepah tuu aku yang buat . hahaha hehh !! rinduuuuuuuuuuuu ! D':

before balik kitorng berusehe ni cari cermin nak snap picture:DD haha haa , semangat jee cari . kalau bole tak nak laa kat toilet . try jgk cari feting room mnermner :P tapi akhir nyeeee toilet jgk laa jawab nyee , heee
ini hasil nyeee . cop !
bole cari 8 perbezaan 2 gambar ni ?


.....
ni jawapan aku
1. maiza makin comel
2. teha makin gemok
3. maiza makin tinggi
4. teha makin cetek

ni jawapan teha
1.background blakang makin cantik
2. camre tangan orang lain
3. maiza makin tembam
4. gigi teha makin kedepan

:DDDD
hahahahahahhahah

just for fun :DD okey tuu jeeep . lain kali hapdet lagi . tapi lain kali tuu tak tau lagi bilee:DD heeee daaaaaa:DDD

maiza ,
bff 940218 ..

Friday, March 16, 2012

big blast


hyee :) okey excited sampai lupe bagi salam ,

assalamualaikum :D

semangat nak cerita pasal jumpe boyband SMASH tadi .


okey , ade yang tak knal kot . dyorang band dari indonesia . style cm alaala nak jadi kpop tapi tak bole laah tu beast aku jee. hewhew , tak bole tak bole , ha nak cite ni , tadi dinner kat resaurant dareen dgn dyorng for peminat yang menang kat budiey.com . ad 3 org jee pemenang then pakcu aku one of them laa. disebab kan pakcu aku tersangat laa minat kat dyorg sampai time pg bandung pakcu aku bole berebut beli poster dgn peminat dyorg kat sane . lastlast pakcu aku yang dapat sebb org yang jual tu kate pakcu aku dari mlysia. haha hapee laa .

so ,dari tahun lepas lagi pakcu aku surh dgr lagu dyorg tengok cerita dyorg blakon sume jadi kenal laa dgn kumpulan ni , mule mule biase jee , p2 dah suke dah. hee suke laa dyorng . tak sombong . lepak lepak jee , hee paling best dyorng fun habiss laa  haha cop ! penah tengok tak artis mlysia ajak peminat dy tengok video kat phone sme same ? wohooo , okey bole kongsi 1 iphone tengok video tadi. perhh . patot laa org indonesia kate dyorng layan peminat mcm falimy :) banyak sembang dgn reza tadi . pakcu aku minat gile dy , siap bg hadiah untk birthday dy next week lagi. yang mulut tenganga angkat tangan tuhh . tadi dah sembang sembng . dy punye bithday 21 mac ni . hah ! tarikh ni lagi aduhaii . hewhew dy tnye birthdy aku bile sume . 18 thun , same . okey . bole dy nyanyi 'kita serupa' hahaha lawak !

 

then dyorang kte kat malaysia udare segar . tak de bau org smokingsmoking . haha okey . sebenarnyee dyorg tak lalu lagi celah mner org mcm tuhh ade . haha p2 dyorg kate dalam banyak banyak tempat kat kl ni bukit bintang paling best . p2 nasi ayam paling sedap . haha yee kan jee laa. p2 dyorg cite kat sane peminat gile lah , mentarik baju sampai darah okey badan ilham , ilham tuu adek dy , group dyorg jugak . yang baju hijau tuhh ,

dicky , margon , rafael


haa . nak cite pee lagi erk ? huhuuu . ha kat indonesia ad tau dyorg sedia kan bilik untuk peminat cmpak hadiah nak bg kat band dyorg , emg belambak lambak laa hadiah kan . kat indonesia sekarang dyorang emg tgah hot habiss laa . tapi kat mlysia . heeh sedihh ad yang tak tau plak tu . tak pe tak pee. korng bole :P heeee eecehhh !
rangga , ilham , bisma

okey , the end . haha sebenarnyee org paling happy pakcu aku laa . happy gle dy . before dyorang balik indonesia ad konsert dyorg buat . fine pakcu aku ajak pg laagi , tapi tak pg kot . pegi rumah ucinn . ucin panggil . hahahha tu jee .





i heart you smash :D

:) nak tido dah . byee byeeee , salam

your maiza ,
bffcapang

Thursday, March 15, 2012

polish

assalamualaikum :O ,

okey semua orang perasan kot bile bukak fb twitter etc etc mesti ada tarikh nie
  21 Mac 2012
|
|
\./

tak tipu sangat sangat cuak . yee cuak habiss ! nak cakap pee pasal ni pon tak tau .speechless , hemm disebab kan sejak due menjak ni asek bersin tak sudah . ibu aku sampai kate demam result lettew  haha . entah laa  . yang penting aku memeng cuak sgt . takot seram sume ad wehh , andd , tak paham dengan orang yang tak rase tu . rase tak nak on9 pon ada jgk .nak tido jee sepanjang hari . tak nak bangonbangon . bile dah tentiontention mcm ni . mulee laa asek nak mengunyah jee mulut kan . ibu aku asek sebot jee 'rabu nak dekat dah , rabu nak dekat dah' .. huhh , tak tau laa . mmber aku ramai sgt ajak off enst , aku ? tak off pongg just tak topup kot . yee laa kang aku kene colek mner ayah ngn ibu aku nak cari aku ? hewhewhew *sedap kan hati

btw sangat bersimpati dengan kes yang barubru ni kat berita tuh . Nurul Nadirah .nenek aku asek sebotsebot jee cite tuh , dy kesian sgt dekat budak yang kene bunuh tuu , bunuh pastu bakar . huh , giler laah . budak kecik tu tak de salah pape pongg kot .  hem , pape pongg semoga budak tuh dirahmati Allah . amin , 

btw , korang doa result tuu . doa untuk aku sekali okey :) 

Ya Allah , berilah yang terbaik untuk keputusan SPM kami . Berkati lah usaha yang telah kami lakukan  sebelum ini . Harapan kami agar dapat memberi kegembiraan kepada ibubapa kami disamping terus berjaya dalam hidup kami . Aku mohon agar kau sentiasa letak kan kami ke jalanmu , jalan yang benar dan dirahmati . Jadi kan lah kami hambamu ini sebagai hamba dah anak yang taat akan perintahmu dan kedua ibu bapa kami agar mendapat keberkatan hidup di dunia yang sementara ini dan di akhirat yang kekal itu nanti . Amin,

ha , dalam cuakcuak tuhh sempat lagi semangat nak pg nih 
|
|
\./

harhar , makan punyee pasal okey jee laa kalau dah ade yang ajak kan :D yeep ! dyorg emg sgt diminati kat indonesia , aku pongg minat jee dyorg . bole laa , okey bak kate is 'lagu endon jee , tak de lagu lain ke meza?' harhar fine , weekk :P . 
hee pegi dengan harapan yang sangat besar ni , nak snap pic dengan dicky , rangga , rafael , morgan :) paling nak dicky laa hee . yeah ! wish me luck okey :D hee

sincerely,
your maiza

Monday, March 12, 2012

part time

assalamualaikum :D hee

btw nak ckp tahnaih untuk pengantin baru semalam , semoga berbahagia hingga ke firdausi . amin :)

opppss ni bukan pengantin . ni adik pengantin :) 

ha ! jangan betul kan screen anda nurfahtiha hashim emg dah berwajah baru sekarang . har-har ni name dy wirawati negara kononkonon antarabangsa sekali laa kan hahaha . tak pee laa berbaloi laa tuu dy seronok kat sane . nanti boleh pakai pencuci muke banyak banyak okey :D seminggu jee lagi kot . semangat jee dy nak balik kakak dy kawen , aku laa yang panjang kan langkah sampai pudu raya teman kan dy sampai maluri jumpe kakak dy jumaat hari tuhh . baik kan . hee okey pee . dapat topup free tau :D hewhewhew


then nak cerita ni , ada nampak sesuatu yang pelik tak kat gambar bawah ni ? haha yeahh ! nurul nadiah halim , HARHAR


untuk pertama kali nye dy dapat kua dgn kitorang and untuk pertama kali jugak dy naik bas repid .hahaha excited jee bagi tahu aku ayah dy bagi ikot . ayah dy kate dy dah nak besa so bole laa kua . haha ni bukan kes anak manjee okey . just parents dy sangat menjaga anak anak mereka . ter sangat laa bagos ! dy pon tak penah nak bantah . semoga jadi anak solehah okey sayang :) amin . tapi paling lawak bile dy kene tipu dgn athirah hussin kate nanti pakcik bas repid tu nak tengok ic sebelom naik . harhar cuak dy . mane tak nyee datang bawak phone jee . duit ic sume tak dee . kat ayah dy . alahai comel betol . hahaha nanti usha usha laa blog dy . kompm dy semangat jee cerita . haha ha , tak pee laa lain kali kua jgn lupe bawak ic okey :) penting tuhh .


okey maduu tak cukup sorang :) haha

then balik sampai rumah pukul 7.30 pm , bak kte bella kite pg kenduri ke tolong orng kenduri berkemas ? hahaha senanye tunggu bas dari 4 lebih kat dalam langat tuhh . pukul 6 baru dapat . macam hape jee . dengan hujan , panas , hujan panas redah jugak . nasib langat tak banjir jee time tu kalau langat banjir berenang laa kan , hape lagi. haha tengss untuk korang yang risau kat aku . yee laa dah nak mgrib .sume balik ke arah kajang . aku jee sesat sorng pg cheras . kalau jiha ad tak pee la jgk bole balik dgn dy , tapi biase jee kot sorng :) okey jee :D



pape pongg happy dapat jumpe korang walau pongg mase habis kat tepi jalan jee dgn korang :) best giler dengar cerita mimi dy kat samtar sekarang :D belaja rerajin yeee ,

ni text dari fahtiha hashim mlm tadi time dy da otw nak balik PLKN balik ,

'futeol, sampaikan kt 94gee, thanks a lot dtg td even seketika, sorry sgt2 susah kan korang redah langat, layan bas langat bagai, terharu dengan kedatangan korang!'

haa lepas tuu dapat kan text panjang berjelaa tuhh . hahaha ngoi jee . panjang giler ! harhar
okey , dah panjang bebel nihh . mielaa ? jeles tak ? haha nanti bulan 6 kau datang laa pulak rumah aku okey :)

your maiza ,

Friday, March 9, 2012

birthday girl

assalamualaikum :)

hyee dear , today nak nyanyi lagu birthday untuk my ex-assistance monitor , Athirah Zailani a.k.a lebih dikenali sebagai anak Wak Jai , cehh waahh . hewhew .


Happy birthday to you ,
Happy birthday to you ,
Happy birthday to Atiee ,
Happy birthday to you <3


atieee ! may Allah bless you lah . muahhh :* , jage diri , jaga solat , jaga aurat okey :) *kau akan dapat pesanan yang same dari yana :P HARHARR  meaning , pesanan tuu teramat laa penting kan :D tengss jugak untuk semua semua laah . kau banyak kot tegor aku kalau aku buat salah :) semoga Allah merahmati kamu yee :) amin , haha . kau kene hargai duduk line belakang aku dalam kelas . lepas ni tak dee jumpee hari hari budak comel mcm aku daa :D hewhewhew , tak de laa , pape pongg tengss okeyyy atiee:)

* Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
* Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
* Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
* Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
* Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
* Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
* Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
* Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
* Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
* Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
* Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
* Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
* Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
* Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.



hee saje nak kongsi , bile aku pk balik time f3 hidup dgn kawan apa apa jadi pongg kite mesti nak happy jee . kite sanggop buat pape , sume bende asal kan kite rase puas . tetttttt ---- harhar kertas kerja , tanda tangan bagai . haha . paham paham laa kan pee yang kite dah buat ramai ramai . wah ! kelaka , sampai ada yang sanggop doa kan PMR kite terok terok . harhar tapi emg tak tipu laa hidup bahagie gile time f3 tuhh . bile dah f5 baru laa tau hidup dgn kawan mcm mner . 94gee dah ajar aku macam macam kot . tengsss korang :) sayang korang padu padu lah :*:*:*:*:*:*


ukhuah fillah :)
dunia dan akhirat ..

xoxo ,
your maiza

Tuesday, March 6, 2012

little bit time

assalamualaikum :)

peace :D , yep ! jumaat , sabtu , ahad , isnin , selasa baru terhegeh hegeh nak on9 kat laptop . hewhew bad mood ? ouh . mungkin . harhar menggedik pulak nak bad mood bad mood kan . biase laa kanak kanak kan :P hee , search jap nak naik kan semangat laa konon konon nyeee:)


Tatkala dihempit derita, kita menangis sambil meratapi kesedihan yang melanda.

Bahkan saat itu, kita lupa tentang kalimah ‘sabar’ dan ‘redha’. Kita juga lupa bahawa kita ada Allah Yang Maha Esa. Kita tidak menyakini bahawa dengan kehadiran ujian itu, sebenarnya adalah cubaan yang Allah SWT turunkan buat menguji sejauh mana keimanan hamba-hambaNya.
Allah SWT menjanjikan pertolongan saat menghadapi kesulitan, dengan syarat kita mestilah bersabar menghadapinya. Jangan sesekali kita berpaling dari Allah SWT, atau menjauhkan diri dariNya. Dibimbangi kita akan terjerumus ke lembah kehinaan dengan mengikuti jalan sukar yang dihembuskan Syaitan durjana. Syaitan sama sekali tidak akan senang kepada hamba-hambaNya yang sabar dan senantiasa berpegang teguh kepada tali Allah SWT. Biarkan Syaitan kecewa dengan sikap kita yang keras menentang bisikan-bisikannya. Perbanyakkan doa dan solat agar tali yang mengikat kepada Rabbi bertambah utuh dan kuat.
Maka begitulah dengan sesuatu musibah yang melanda diri kita. Bukankan kita semua selalu mendengar dan bersetuju dengan ungkapan ini:

"Yang baik itu dari Allah, yang khilaf itu dari kelemahan manusia sendiri...."

Maksud Ayat:

 “apa jua kebaikan (Nikmat kesenangan) Yang Engkau dapati maka ia adalah dari Allah; dan apa jua bencana Yang menimpamu maka ia adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri.
(An Nisa' : 79)



betol , tapi . not suree laa aku bace bende ni untuk diri atau nak sedap kan hati jee sekarang ni . tapi yang aku pasti . fakta yang kat atas ni emg betol pon , aku setuju jee . yee , mungkin aku yang salah kot . tak pee laa . aku bersyukur dengan apa yang jadi . sekurang kurang nye aku cari laaa artkel cm gnihh bace , nak kuat kan hati . kalau tak haramm . haha tapi yang psti aku tak salah kan sapa sapa pon , aku jee yang perlu dimotivasi kan banyak banyak . heee think positif laa ! itu yang aku tengah belaja sekarang :) sedar jee aku bukan nye bek pongg . that's why laa aku blaja sikit sikit dari tak de langsong kan :D hee

btw . nak wish birthday to my girlfriend , nurul nadiah halim , happy birthdah darl :) may Allah bless you :D okey , cop ! ayat yana  jaga diri , jaga solat , jaga aurat . jatuh cinta dengan ayat nihh:) tengss kak chik , 
kalau doa jgn lupe doa untuk aku sekali tau , sayang kau laah kakak ! harhar dah besar kan . aku jee yang tak besar besar lagi . lame lagi kot . masih mudaaaa:)

ha ! , sorry jugak untuk my twin , sahira sazuki ,dengan alia farhana , fatin nabila , miela harun tak join korg kelua hari nii . nak jee join . rindu kau kannn gedikk , harhar tapi ade masalah sikit tadi . soo , harap maaf yee . lain kali munggkin:D

tuu jee kot . hm , ohh march ! aduhh , tak tahu nak ckp pee . semoga Allah memberkati usaha kita selama ini . amin , :| *cuak giler .
- betol ckp is . doa , itu jee yang boleh kita buat sekarang . tak de bende lain dah .

xoxo,
meza

Friday, March 2, 2012

hang out


assalamualaikum , jawab yeee  :D

yeay :) , dah lepas rindu 94gee sikit hewhewhew

taraaaaaa


usha gps jom : HAR-HAR kajang jee

kat mner mner tak penah kesah dah . kajang pong kajang lee . asal dapat jumpe korang , da 'meroyan' *ayat jiha sikit kot duduk rumah jee , 
okey . penyangak terhebat *nurmaizatulhajar *faizahbaba *najihamazri *aliafarhana ... haha

bestbestbest , walaupongg tak tengok wayang , main boling dan semua semua laa . tapi hari ni athirah azhari ajar aku pg main token , haha sies aku tak pnah masok . macam tak berminat jee , bising ! gedeganggedegang . serabot otak jee . tapi hari ni dah pnah masok dgn main dah :) hewhew teruje sikit . dyorng sume gelak kan aku tak pnah masok . lawak ker ? biase jee kot . bising kot kat situ . tapi demi ! haha demi 94gee . okey jgk laa. best ! jerit mcm hape jeee main kereta . haha paling best , lawan jerit dengan jah :) then jalan jalan jalan dan jalan .

hari ni kua kan duit untuk topup MAXIS dann topup BITBIT dan dan dan . makan ! haha cool blog , hot and roll , spyc chiken mdlx , and mcflury oreo :) sedap ! makan makan dan makan , banyak nyee dan . dannnn berat aku pongg dah naik . *shhhhhh ! kalian perlu rahsia kan yee , siap korang kalau ad yang kecoh kan :( hewhew alah . nanti aku diet laa :) tapi tak tau bilee hee

kami bertiga perlukan U40 untuk terus terlentang di atas katil :P 
tambah ucen sikit , dy bukan nak masok pongg kalau snap pic ,hee

okeh , balik ! 4.50 petang . harhar . aku dgn jiha gelak jee dalam repit , awal tuhh . tak penah balik seawal tuh . penat jalan , balik dan terus menghitung hari yang mendebar kan . haishoo :|


- apa apa pongg , happy dapat jumpe korang :) *rindu jugak dgn yang lain:( nanti kua lagi okeh :D
- semoga result kita semua cemerlang dan paling penting , menjadi orang yang berguna pada masa akan datang . amin ..

* ya Allah , kau berilah yang terbaik untuk keputusan peperiksaan spm kami nanti . semoga hasil nya setanding dengan usaha yang telah kami laku kan selama ini . kami juga mohon agar kau jadi kan kami manusia yang berguna di dunia untuk ke akhirat yang kekal selamanya itu nanti . amin amin amin ...

me,

Tuesday, February 28, 2012

reload



-- السلام عليكم


ha , macam dah lme tak bagi salam kat orang , angkat phone pong hello hello jee dari kecik , lagilagi sekarang aku duduk rumah jee . kalau bg salam pongg masuk rumah aku laa tapi bukan ad orang pongg , aku teruje jugak . orng yang aku text selalu jee bagi salam kalau call aku . mak dy call pon dy bagi slam , bagos nyee . walau pong benda tu mcm kecik jee , kenape aku tak buat ? so korang jawab tau salam aku tadi :) 


btw baru jee lepas bace blog yana , tak tahu laa kenape aku tetibe rase meremang , then aku menanges . palik tak ? korang nanges tak bace ? hem ! aku yang cengeng kot . betol jugak kate yana . sekarang dah jarang bace al-quran . kalau kat asrama dulu tak de lah mcm ni sanagt . lagi pongg aku duduk rumah jee . lagi laa kan . tengok tv internt sume sume . mak aku pongg ad ckp hari tu . 'ibu tengok hajar sekarang dah jarang bace al-quran kan ? , solat hajat buat tak ?' aku diam jee . aku ckp jugak dah jarang dah buat . mak  aku ckp jugak . 'macam mner penyakit tak datang . tak buat solat taubat sume , tak mintak kat Allah tu nak baik ' hem , mak aku tak de laa marah marah . nada dy tak tinggi langsong . kalau nak diikot kan aku dengar lagu kat laptop ni lagi kuat volume dy . hewhewhew .betol laa pe mak aku cakap tu .


kalau kat asrama dulu . msti ad yang ajak buat , so aku buat laa. selalu je dpat kesedaran nak buat. kadang kadang nampak kakak aku buat , baru laa tegerak hati nak buat . aku penah terpk jugak , kalau aku takot malam malam pandai pulak aku cari phone bukak yasin kuat kuat . tapi bila aku tengah senang senang happy happy aku lupe sekejap . ha , korang jangan lah jadi macam aku :| , aku dah try jugak buat dengan rela hati . insyaAllah ,

nak berubah . yup ! bukan senang pongg , susah ! betol . aku tak tau laa mcm mner nak ckp . aku kadang kadang takot jugak . bila cite kat orang apa yang aku pk . nanti orng kate . 'alah kau , pk dah mcm tu , tapi same jee. tak de yang berubah pon ' , masalah nye aku tak tau mcm mner nak start , lagi pon susah laaa , dulu penah jee try . tapi terkandas di tepi longlang , heee . aku tengok orang lain sume baik je . aku je ke yang jahat ? huhuuuuuu

tak pee laa , aku tau kene plahan plahan kalau nak berubah . walau pon orang tak nampak :D , bia laa . sikit sikit kan , walau pon bende tu kecik .

- sape yang terbace blog aku ni , aku nak mintak maaf yee kalau ad buat korang sakit hati :)
  dont wry laa . aku tetap mcm yang korang kenal :P 
- jom jom , banyak kan amalan sunat :) biar lah balasan nye di akhirat nanti .

#hambaAllahyang lemah

Sunday, February 26, 2012

thinking

hyee hyee :)

listen ! aku baru jeee bace artikel best kot , bole la bg aku , ceh ! konon konon mengisi waktu bosan laa nih :P heeee , mule mule cm bajet sikit type laa kat geogle . 'La Tahzan' . ramai jee yang tau kan maksod dy . ha , kua laa segala macam perkataan . aku pongg bace jee laa beribu ribu perkataan tuhh dengan hati yang terbukaa . tak salah kalau nak tambah pembacaan sesuatu yang baik kan :D 
tak salah jugak kalau korang bace apa yang aku bace kan ")

dalam banayk banyak tu , aku ter bace nih .


Dikala setiap musibah yang datang membuat diri berburuk sangka, lidah keluh bicara, merosak hati yang kaya iman. 



Kerana aku di sapa ujian.  Aku belajar mengenal kehidupan.  Bahawasanya hidup bukan sahaja berteman suka dan bahagia.  Tetapi di corak hampa dan air mata.  Maka, aku mengenal erti sabar dan belajar tersenyum walaupun perit terus menerus menagih hiba.

Ketika kehendakku tidak bisa di genggam.  Aku belajar menjadi insan matang.  Mensyukuri segala yang ditakdirkan.  Bukan merungut mencipta sesalan.  Kerana ku tahu bahawa segalanya tidak semudah apa yang ada dibayanganku.  Dunia hanya persinggahan yang sering menagih pengorbanan.
Ku sedari aku bukanlah sempurna.  Aku belajar menjadi diri aku apa adanya.  Tidakku cemburu menatap kelebihannya dia.  Kerana ku yakini bahawa.  Allah itu menjadikan kita tidak sama.  Dan kita sememangnya memiliki kelebihan dan kekurangan yang tidak serupa.
Kegagalan semalam telah menghancurkan impian.  Namun kerana kegagalan itulah aku mengikat suatu kesimpulan.  Bahawa tidak semua yang kita kehendakkan, akan berjaya berada di tangan.  Kegagalan itulah yang menjadi guru memberi pengajaran.
Menyedarkan aku bahawa walaupun kita merancang,  Jangan pernah lupa bahawa Allah juga merancang.  Dan perancangan Allah sememangnya jauh lebih hebat dan penuh hikmah kebaikan di setiap kejadian.
Kehilangan yang terjadi sememangnya menebuk lubang terdalam dihatiku.  Namun kerana kehilangan itu aku belajar sesuatu.  Bahawa setiap yang datang akan berlalu.  Tiada apa yang kekal di dunia ini kecuali Allah yang satu.  Lalu ku isikan pecahan-pecahan yang telah terjadi di hatiku.  Dengan cintanya Dia yang mengukuhkan kembali hatiku yang layu.

Dunia telah mengajarkan aku memilih untuk selalu berasa kecewa dan terluka, namun hanya dengan mengingati Allah sahajalah aku kembali menyedari dan redha.  Bahawa segalanya adalah ketentuanNya dan akhirnya akan belajar dari segenap peristiwa.


so? ayat dy jee cm bermotivasi sikit kan . aku teruje kot bace . banyak betol nyee . selalu nye topik mcm ni org palau jee . ye laa kalau sedih nanti ada yang pojuk . btw , aku bace pongg sebab sejak due menjak ni terase sedih . cepat tersa . cepat rase nak nanges . banyak pk negetif . ha mcm mcm laa . bukan tak de yang nak pujok tapi , kalau kita cube sesuatu yang lebih baik : mcm mner ? boleh kan ? ceh ! pelik pelik jee. senannye biase jee . heeee dah aku emg cengeng pongg:P

ha , then . ada bace ni gak ..

-janagn bersedih meski pun kau merasa sangat sakit dengan apa yang di kata kan oleh orang lain .
-jangan bersedih maski pun orang lain memandang rendah terhadap kemampuan yang kita miliki.

-jangan bersedih maski pun telah banayk kali terjatuh dan tersungkur
-jangan bersedih maski pun banyak dugaan yang datang ketika mengingin kan sesuatu
-jangan bersedih maski pun saat itu kau meras tersisih dari kehidupan sekarang

*ketahui lah . dengan terus bersedih , tidah akan menjadi kan sesuatu itu lebih baik

hidup ini memang penuh dengan dugaan dan cabaran yang harus dihadapi , tetapi yakin lah . bahawa Allah tidak akan menguji seseorang melebihi kemampuan diri nya , setiap dari pada makna disebalik nya , mengajar kita erti bersyukur dengan nikmat yang telah di beri oleh Nya .

say 'Alhamdulillah..'

jika ini ketentuan Allah , mari kita cuba tabah kan hati , kerana pasti ada sesuatu yang tersembunyi , walau pong hikmah nya cepat mahu pun lambat . kita kan manusia biasa , tidak terdaya memikir kan apa hikmah nya , dan apa rahsia nya , ya ! yang pasti . yakin dengan ketentuan nya dan doa , itu yang terbaik. doa itu tersimpan sesuatu kekuatan . kekuatan yang jelas dari empunya segalanya . 

insyaAllah . segala yang terbaik itu datang nya dari Allah :) amin .