hyee :)
nak hapdet ni . saje bosan . pelik . tak de yang online pon . mane laa semua orang pegi . lappy meletop kot . tak pon internet saje tak nak bg laluan HAHA
--okey merepek--
semalam terbace ayat si cantik ni kat fb,
Persahabatan itu memang benar sentiasa diuji, pernahkah kita berfikir kenapa ALLAH itu memberi ujian dalam persahabatan ??? ALLAH sedang menguji kesabaran kita, ALLAH sedang menguji kesetiaan kita, kekuatan kita, kesempurnaan kita untuk menerima kekurangan dan kelebihan dia. Iya memang benar kadang-kadang ada hati yang terluka, tetapi pernahkah kita berfikir ada sebabnya, ALLAH tidak akan menguji setiap hambanya tanpa tujuan, ALLAH tau kita kuat, sahabatku. :') jikalau kita benar-benar ikhlas dalam persahabatan dan dapat terima kekurangan yg ada pada dirinya, sudah tentu persahabatan yg pada mulanya gundah gelana tapi pada akhirnya ALLAH memberi peluang pada kita untuk menikmati kebahagiaan dalam persahabatan itu ^^
Sahabat-sahabat, Cuba fahami erti persahabatan itu, Cuba fahami situasi sahabat itu jikalau dilanda masalah, sudah pasti dia melakukannya atas sebab-sebab tertentu. Jangan pernah salah faham dan berfikir yg tidak baik padanya, ALLAH mengetahui segalanya.
WALLAHUA'LAM :')
best . selak selak fb dy jumpe link blog :)
klik klik . follow sudah :)
haaa ,
bila bace ayat ni terase sedih . hey tapi emosi saya hamir stabil okey . tak perlu risau .tak perlu ragu hee:D
okey aku terasa rindu sangat nak laung kan DOA RABITAH dengan 94gee . bila sama sama terase tenang . tapi tak tahu laa bila lagi dapat laung kan bersama sama .
--ehh skema pulak ayat--
Hati ini telah bersatu, berkumpul di perut bumi Mu
Hati ini telah berpadu, bersatu memikul beban dakwah Mu
Hati ini telah mengikat setia untuk mendaulat untuk mendukung
Syariat Mu di alam maya
Maka Ya Allah,
Eratkanlah ikatan yang ada
Kekalkan kemesraan yang ada
Tunjukkanlah jalan yang benar
Suluhkanlah dengan cahaya Mu
Tiada malap terangi alam Mu
Hidup suburkanlah dengan Ma'rifat Mu
Tapi, jika ingin mematikannya
Matikanlah sebagai Syuhada'
Dalam perjuangan menegakkan
Agama yang mulia
-----------------------------------------------------
Cuma harapan aku agar setiap doa ku kini diterima oleh Nya .
jomjom tadah tangan sesama :D
Ya Allah , aku mohon persahabatan kami tetap kukuh walau apa pun yang terjadi . Sejauh mana kami berada selepas ini . Sehebat mana kerjaya kami selepas ini , agar kami tidak lupa antara satu sama lain . Kini ku mula sedar , aku lebih sayang kan persahabatan kami dari segalanya . Andai aku tahu ini kesudahan nya , akan ku pilih segalanya yang terbaik . Aku tahu segala yang berlaku ada hikmah nya . Engkau tidak akan menguji kami andai nya kami tidak mampu menghadapi semua ini . Semoga segala kebaikan nya dapat memperbaiki diri kami selepas ini . Andai persahabatan kami hampir goyah . Kau utuh kan lah nya semula . Jika ujian sebegini kau beri kan kepada kami agar kami perbetul kan kesalahan kami . Aku terima . Bantu la kami kembali erat dalam bersahabat seperti dulu . Aku mohon agar kau panjang kan persahabatan kami hingga ke akhir nafas ku . Amin ya rabbalalamin :')
love,
maiza
No comments:
Post a Comment