Finish every day and be done with it. You have done what you could some blunders and absurdities no doubt crept in forget them as soon as you can. Tomorrow is a new day you shall begin it serenely and with too high a spirit to be encumbered with your old nonsense :D

Sunday, February 26, 2012

thinking

hyee hyee :)

listen ! aku baru jeee bace artikel best kot , bole la bg aku , ceh ! konon konon mengisi waktu bosan laa nih :P heeee , mule mule cm bajet sikit type laa kat geogle . 'La Tahzan' . ramai jee yang tau kan maksod dy . ha , kua laa segala macam perkataan . aku pongg bace jee laa beribu ribu perkataan tuhh dengan hati yang terbukaa . tak salah kalau nak tambah pembacaan sesuatu yang baik kan :D 
tak salah jugak kalau korang bace apa yang aku bace kan ")

dalam banayk banyak tu , aku ter bace nih .


Dikala setiap musibah yang datang membuat diri berburuk sangka, lidah keluh bicara, merosak hati yang kaya iman. 



Kerana aku di sapa ujian.  Aku belajar mengenal kehidupan.  Bahawasanya hidup bukan sahaja berteman suka dan bahagia.  Tetapi di corak hampa dan air mata.  Maka, aku mengenal erti sabar dan belajar tersenyum walaupun perit terus menerus menagih hiba.

Ketika kehendakku tidak bisa di genggam.  Aku belajar menjadi insan matang.  Mensyukuri segala yang ditakdirkan.  Bukan merungut mencipta sesalan.  Kerana ku tahu bahawa segalanya tidak semudah apa yang ada dibayanganku.  Dunia hanya persinggahan yang sering menagih pengorbanan.
Ku sedari aku bukanlah sempurna.  Aku belajar menjadi diri aku apa adanya.  Tidakku cemburu menatap kelebihannya dia.  Kerana ku yakini bahawa.  Allah itu menjadikan kita tidak sama.  Dan kita sememangnya memiliki kelebihan dan kekurangan yang tidak serupa.
Kegagalan semalam telah menghancurkan impian.  Namun kerana kegagalan itulah aku mengikat suatu kesimpulan.  Bahawa tidak semua yang kita kehendakkan, akan berjaya berada di tangan.  Kegagalan itulah yang menjadi guru memberi pengajaran.
Menyedarkan aku bahawa walaupun kita merancang,  Jangan pernah lupa bahawa Allah juga merancang.  Dan perancangan Allah sememangnya jauh lebih hebat dan penuh hikmah kebaikan di setiap kejadian.
Kehilangan yang terjadi sememangnya menebuk lubang terdalam dihatiku.  Namun kerana kehilangan itu aku belajar sesuatu.  Bahawa setiap yang datang akan berlalu.  Tiada apa yang kekal di dunia ini kecuali Allah yang satu.  Lalu ku isikan pecahan-pecahan yang telah terjadi di hatiku.  Dengan cintanya Dia yang mengukuhkan kembali hatiku yang layu.

Dunia telah mengajarkan aku memilih untuk selalu berasa kecewa dan terluka, namun hanya dengan mengingati Allah sahajalah aku kembali menyedari dan redha.  Bahawa segalanya adalah ketentuanNya dan akhirnya akan belajar dari segenap peristiwa.


so? ayat dy jee cm bermotivasi sikit kan . aku teruje kot bace . banyak betol nyee . selalu nye topik mcm ni org palau jee . ye laa kalau sedih nanti ada yang pojuk . btw , aku bace pongg sebab sejak due menjak ni terase sedih . cepat tersa . cepat rase nak nanges . banyak pk negetif . ha mcm mcm laa . bukan tak de yang nak pujok tapi , kalau kita cube sesuatu yang lebih baik : mcm mner ? boleh kan ? ceh ! pelik pelik jee. senannye biase jee . heeee dah aku emg cengeng pongg:P

ha , then . ada bace ni gak ..

-janagn bersedih meski pun kau merasa sangat sakit dengan apa yang di kata kan oleh orang lain .
-jangan bersedih maski pun orang lain memandang rendah terhadap kemampuan yang kita miliki.

-jangan bersedih maski pun telah banayk kali terjatuh dan tersungkur
-jangan bersedih maski pun banyak dugaan yang datang ketika mengingin kan sesuatu
-jangan bersedih maski pun saat itu kau meras tersisih dari kehidupan sekarang

*ketahui lah . dengan terus bersedih , tidah akan menjadi kan sesuatu itu lebih baik

hidup ini memang penuh dengan dugaan dan cabaran yang harus dihadapi , tetapi yakin lah . bahawa Allah tidak akan menguji seseorang melebihi kemampuan diri nya , setiap dari pada makna disebalik nya , mengajar kita erti bersyukur dengan nikmat yang telah di beri oleh Nya .

say 'Alhamdulillah..'

jika ini ketentuan Allah , mari kita cuba tabah kan hati , kerana pasti ada sesuatu yang tersembunyi , walau pong hikmah nya cepat mahu pun lambat . kita kan manusia biasa , tidak terdaya memikir kan apa hikmah nya , dan apa rahsia nya , ya ! yang pasti . yakin dengan ketentuan nya dan doa , itu yang terbaik. doa itu tersimpan sesuatu kekuatan . kekuatan yang jelas dari empunya segalanya . 

insyaAllah . segala yang terbaik itu datang nya dari Allah :) amin .

No comments:

Post a Comment